Cart 0

BAGAIMANA ORANG YANG PERTAMA KALI NAK BERNIAGA

Semalam saya berkongsi secara LIVE tentang BAGAIMANA ORANG YANG PERTAMA KALI NAK BERNIAGA.

Mungkin ada yang tak tengok, dan malas nak dengar saya ceghabih (orang nismilan selalu ceghabih).

So, memandangkan internet yang terhad dan saya pun dekat hospital jaga anak. Saya nak share 2 perkara semalam.

Bagi yang baru pertama kali nak berniaga, perlu faham 2 perkara ini:

1- JUAL BARANG YANG BOLEH DIJUAL
Bila kita bercakap pasal berniaga, benda paling penting ialah MENJUAL.

Kalau baru pertama kali nak menjual. Pastikan barang yang nak dijual itu boleh dijual dengan mudah.

Macam mana kita nak tahu barang itu mudah dijual ke tidak?

a) Barang itu mesti harganya rendah, kalau boleh dibawah RM50. (harga jual).

b) Tak perlukan kos marketing yang tinggi. Boleh jual secara mudah tanpa perlu teknikal isu sangat.

c) Dapat selesaikan masalah orang lain.

2- JANGAN BANYAK FIKIR
Bila kita buat keputusan untuk berniaga sama ada secara part time atau full-time, jangan banyak sangat berfikir.

Bila kita banyak sangat berfikir, stok yang ada kat tangan kita itu takkan bergerak-gerak.

"Eh boleh ke aku jual barang ini?"

"Malu lah nanti orang cakap apa."

"kalau customer complain nanti macam mana pula?"

"bla bla bla...."

Selalu kena ingat RULE #1 iaitu MENJUAL.

Dapat 2 benda ini?

"Dapat bang. Tapi semalam ada bagitahu tempat nak cari barang murah kan? Ce citer sikit bang."

Boleh-boleh.

Dekat bawah website-website atau tempat yang korang boleh explore untuk dapatkan barang yang best dan murah untuk dijual semula.

a) https://www.aliexpress.com/
b) https://www.alibaba.com
c) https://www.lelong.com.my/
d) http://www.gmklmc.com.my/
d) Kenanga
e) https://world.taobao.com/
f) www.khairawholesale.com - pusat borong tudung termurah

Dan banyak lagi yang korang boleh explore satu persatu untuk dapatkan stok dan mulakan perniagaan pertama.

kalau bukan sekarang bila lagi korang nak start berniaga? Sekarang ini zaman survive, zaman perlukan duit tambahan untuk meneruskan kehidupan.

Ps: Khaira Wholesale ada buat promo untuk korang yang nak berniaga pada bulan Ramadhan.

#khairawholesale

#khairapemborongtudung

#yussamir




Older post Newer post