Cart 0

BELI RUMAH ATAU KERETA DULU, ATAU DUDUK DIAM DULU?

Sekarang tengah hangat orang duk cerita pasal rumah pertama, pasal kereta dan sebagainya.

Yang menulis pun bukan calang-calang, ada juga rakan-rakan saya yang menulis tentang perkara ini. Banyak tentang teknikal pembelian rumah dan pengurusan wang.

Sangat bagus, dan wajib baca.

Tapiiii..... Dalam usaha menaikkan pemilikan hartanah dan pendedahan tentang pengurusan kewangan, ada satu perkara yang korang kena tahu. JANGAN STRESS DAN KELAMKABUT.

Sy faham, bila ramai dah terdedah dengan info-info beli rumah time muda, jaga aset dan sebagainya. Kita mula panik, kelamkabut, dan gelabah ayam.

Kita gelabah, sebab kita takut ketinggalan. Takut nanti rumah habis (habis ke??) , dan sampai kita buat macam-macam bisnes dengan harapan nak kumpul duit. last-last kerja sediakala tak perform, datang lambat, bos marah dan kena buang.

Atau macam-macam bisnes kita buat tu tak datangkan hasil pun, Sebab kabut-kabut nak buat bisnes, tapi sbrnya banyak buang duit dan masa.

Contohnya macam panjang gununglah. 2009 sy pernah mendaki gunung Kinabalu dengan kawan-kawan. Goal kami semua ialah nak menawan puncak tertinggi Gunung Kinabalu dan solat subuh di sana.

2 bulan sebelum mendaki, kami belajar macam-macam. Tentang stamina, cara mendaki, mindset dan lain-lain.

Selepas dua bulan, kami dah berada di kaki gunung kinabalu. masa awal-awal mendaki semua okay, check point pertama untuk berehat ialah di Laban Rata. Tidur sekejap, sebelum mendaki semula pada awal pagi.

Second checkpoint di sayat-sayat. Dekat sini ramai kecundang. Dan ada yang meneruskan perjalanan.

Kenapa ada yang sangkut dan ada yang dapat teruskan?


Ada 2 benda:

1- Satu gelabah nak sampai awal. Tak ikut pase sendiri, takut kena tinggal. Tak enjoy pemandangan dan keadaan sekeliling.

2- Bertenang. Ikut pase dan tahu kemampuan sendiri. Dalam masa yang sama, tahu aim mereka, iaitu puncak gunung. Enjoy hirup udara, ambil gambar, dan gembira.


Dari cerita ini korang sendiri sedar. Golongan mana yang best? #2

OLEH ITU, Tenanggg.....Jangan gelabah. Jangan hiraukan sangat anak-anak muda yang dah ada macam-macam. Follow pase korang sendiri. Tak semestinya korang nak ada semua itu dalam jangka pendek.

Belajar dan dapatkan maklumat, tapi bertenang. Bina strategi, dan perlahan-lahan kumpulkan kekuatan (dari segi kematangan, dan wang).

Letak prioriti, kalau nak beli rumah. Setelkkan rumah dulu. Kalau nak kahwin, setelkan kahwin dulu. jangan nak kejar semua benda, sampai korang stress, dan tak enjoy hidup.

Ketenangan bukan sekadar beli rumah, beli kereta besar. Kadang-kadang takde semua itu, lebih tenang. Ada duit nak makan, beli baju anak-anak, bayar duit sekolah, dan hidup selesa takde hutang.

Apa yang sy boleh katakan TENANG bro. Bukan tak boleh nak semua itu, tapi jangan semua itu buatkan hidup korang serabut.

Kalau korang rasa ada kawna-kawan yang tengah gelabah, SHARE benda ini kat diorang. Biar tenang sikit..


#khairawholesale

#khairawholesalefeedback

#khairapemborongtudung

#yussamir


www.khairawholesale.com





Older post Newer post