Cart 0

CARA MEMILIH NAMA BRAND

CARA MEMILIH NAMA JENAMA PRODUK

Sebelum mula menjual sesuatu produk atau perkhidmatan, kita memerlukan nama atau jenama. Macam kita lah, kalau kita takde nama, macam mana orang nak panggil?

Produk atau perkhidmatan pun sama.

Nak pilih nama brand atau perkhidmatan ini bukan main tangkap saja. Ibubapa kita masa nak bagi nama pun, ambil masa. Cari buku, tanya orang, dan macam-macam.

Begitu juga untuk nama produk atau perkhidmatan kita. Sebelum membuat jenama, pastikan lakukan sedikit kajian dan analisa dulu.

Tujuannya, supaya jenama yang dipilih mampu berikan identiti tersendiri kepada perniagaan kita dalam masa jangka panjang.

Contoh jenama terkenal seperti Facebook, Google, Android, Adidas, Nike dan lain-lain, ia sangat dekat dihati masyarakat dan mudah disebut. Lambang NIKE itu, kalau takde tulisan NIKE pun kita dah tahu, ini NIKE. Begitu juga dengan Facebook dan lain-lain.

Di bawah ini kami senaraikan 6 tips memilih jenama:

1- Jenama mencerminkan produk yang ingin ditawarkan
 2- Jenama mudah disebut
 (kalau boleh dua suku kata saja)
 3- Jenama ada hubungkait dengan logo
 4- memiliki keunikan sendiri
 5- Semak nama yang dipilih di Google dulu. Periksa jika sudah ada orang pakai atau belum
 6- Semak nama yang dipilih di carian domain juga.

Jika anda ikut step 6 di atas, kami pasti jenama anda akan terkenal dan dekat dengan hati masyarakat :)

selamat mencuba :)

#khairawholesale 
 #memudahkankerjaanda
 #marketing






Newer post