Cart 0

Dalam bisnes, NETWORKING sangat penting!

NETWORKING

Dalam bisnes, Networking sangat penting. Korang tak boleh maju ke hadapan, kalau buat bisnes seorang-seorang. Macam hidup dalam bermasyarakatlah.

Tak boleh nak duduk sorang-sorang. Sebab jiran-jiran lah akan tengok-tengokkan rumah, kalau korang balik kampung, dan paling last, uruskan jenazah kau kalau meninggal.

Dalam bisnes pun macam itu. Nak dapat jiran-jiran ini, ada pelbagai cara.

1- Ada yang korang akan jumpa dekat seminar-seminar. Sama ada seminar berbayar atau percuma.

2- Korang jumpa secara tak sengaja, dan korang tegur dan mulakan repo.

3- Korang diperkenalkan dari kawan korang kepada jiran-jiran bsines ini. Macam kali ini wife hadir ke kelas cikgu zurianee dan cikgu bawa kami berkenalan dengan yang lain.

4- Korang emel atau selamba call nak jumpa dan ajak makan.

Dan pelbagai cara lagi.

Dan ada 4 perkara korang perlu buat bila nak mulakan networking ini:

1- Jangan berlagak kau sorang je hebat atau kaya. Merendah diri dan perkenalkan diri

2- Banyakkan mendengar dan bertanya. Biar mereka bercakap dan korang sambut.

3- Belanjalah makan atau minum. Jangan kedekut.

4- Dapatkan bisnes kad. Lagi baik kalau orang yang korang jumpa itu sendiri beri bisnes kad dia.

5- Lepas itu, follow insta, add fb dia, dan followup diorang. Maksud saya, whatsapp no diorang dan beritahu siapa korang, Supaya diorangboleh save no dan boleh jumpa lagi nnt.

Pada zaman Degital Marketing dan Bisnes sekarang, Networking memang diperlukan untuk leverage dan membesarkan perniagaan.

Dalam masa ini lah masanya untuk berniaga secara berjamaah dan sentiasa berkongsi kebaikan.

Dapat ke something dalam share kali ini?

Kalau dapat rajin-rajinkan TEKAN SHARE untuk ramai yang dapat bertindak. :)

Hari ini kita pekena asam pedas LOT 85.

#khairawholesale

#khairapemborongtudung

#yussamir



Older post Newer post