Cart 0

Petua Kekal Langsing Dengan Buah

Buah-buahan kaya dengan vitamin dan mengandungi serat yang sangat bermanfaat untuk tubuh. Petua kekal langsing dengan buah yang akan dikongsikan pada kali ini adalah mengikut beberapa jenis buah.



Petua Kekal Langsing dengan Buah
Petua Kekal Langsing dengan Buah - Sumber gambar womenworld.com


Beberapa petua kekal langsing dengan buah adalah seperti berikut:

.

😀Langsing dengan buah pisang

Pisang adalah buah yang mengenyangkan dan mudah dicerna oleh badan kita.Seeloknya makan pisang sebelum waktu makan bagi mengurangkan pengambilan makanan lain. 


.Langsing dengan buah betik

Betik mengandungi vitamin dan enzim yang baik untuk pencernaan anda. Pengambilan buah betik dalam diet tidak mengganggu diet anda kerana kalorinya rendah. 

.

Langsing dengan buah anggur

Menurut kajian, anggur mengandungi piceatannol yang berupaya untuk menghalang sel lemak yang belum matang berkembang. Anggur juga boleh didapati dari kismis (anggur kering).
.

Langsing dengan buah nanas

Buah nanas kaya dengan vitamin C dan beberapa enzim yang bermanfaat untuk sistem pencernaan. Selain dimakan mentah, nanas juga boleh diproses menjadi jus yang sedap. 

.

Langsing dengan buah avokado

Avokado mengandungi lemak tidak tepu yang mampu mengurangkan rasa lapar. Pengambilannya dapat membuatkan perut berasa kenyang dalam jangka masa yang lama. 


Selain mudah didapati, kandungan kalori di dalam buah-buahan juga adalah rendah. Semoga perkongsian petua kekal langsing dengan buah ini bermanfaat untuk anda. Jadikan buah-buahan sebagai pengganti snek tidak sihat.




Older post Newer post