Cart 0

Reunion? Jangan salah niat.

REUNION? Suami atau isteri mesti baca tips ni sebelum pergi. 

Hi. Sebelum tu, untuk pengetahuan korang, reunion bermakna pertemuan semua yang telah dirancang selepas lama tidak berjumpa antara satu sama lain. Basically, tujuan reunion ni adalah untuk menyambungkan semula hubungan persahabatan yang sudah lama terputus sekaligus mengeratkan kembali hubungan tersebut. Ada yang menimbulkan persoalan, yang mana reunion ni adalah tempat untuk menyambung kembali cinta lama yang telah terputus dulu. Sejauh manakah ia benar, dan apakah peranan kita sebagai suami atau isteri untuk mengelakkan daripada ia berlaku?

Tapi kan, kalau dua-dua masih single lagi takpelah kan. Tapi, macam mana pulak kalau kedua-duanya sudah berkahwin. Kan dah timbul masalah lain pulak. Memang tersasarlah makna dan tujuan sebenarnya reunion itu. Apa kata kita baca apakah yang si suami atau si isteri kena tau sebelum mereka mahu menghadiri majlis reunion. Jom baca perkongsian ni...

Sebenarnya, family-based reunion adalah yang paling selamat sebab ia dapat menghindarkan diri kita dari perasaan curiga yang mungkin terdetik di hati, selain ia dapat mengelakkan mungkin wujudnya ruang cinta berputik semula. Amboi, kiranya reunion ni macam sesi bertemu kembali kekasih lama lah ye. Emm... Di samping  itu, selain dari dapat mengeratkan kembali hubungan ibubapa, ia juga dapat menggalakkan hubungan silaturahim sesama anak-anak jugak.

So, sebaiknya kalau nak menghadiri reunion tu, korang bawaklah sekali keluarga korang tu, untuk tujuan perkenalan dan memanjangkan persahabatan sesama isteri-isteri dan suami suami, termasuklah anak-anak masing-masing. Berikut merupakan tips untuk suami atau isteri sebelum mereka mahu menghadiri reunion, iaitu;


  1. Pasang niat yang betul mengapa korang nak menghadiri reunion tu? Adakah untuk bertemu rakan lama atau sebaliknya. 
  2. Sebaiknya elak sebab korang nak menghadiri reunion ni untuk mengelakkan diri dari konflik rumah tangga korang ataupun mencari semua kekasih lama untuk mengubati luka di hati. 
  3. Tak kiralah suami ataupun isteri, kalau korang nak pergi reunion tu korang bawaklah pasangan masing-masing. Di sana nanti korang boleh perkenalkan mereka pada kawan-kawan korang tu. So, lebih nampak ikhlas sikitkan tujuan korang nak pergi reunion. 
  4. Kalau boleh, elak daripada terlalu bercerita pasal kenakalan korang pada pada masa dahulu, lebih lagi kalau melibatkan cinta monyet. Tak pasal-pasal muncung pulak orang sebelah tu. Hehe. 
  5. Pada masa yang sama, kalau kita ikut suami atau isteri kita pergi majlis reunion mereka, kawal perasaan cemburu lebih-lebih lagi kalau melihat 'keakraban' pasangan kita dengan sahabatnya. 
  6. Jangan terlalu terbawa-bawa dengan 'kenangan' korang dulu. Yang lepas biarlah berlaku. Lagipun sekarang masing-masing sudah berkeluarga. Apa yang penting adalah apa yang korang miliki sekarang ni.


Sebenarnya, tak kira suami atau isteri jagalah batas pergaulan. Tak salah menghadiri reunion just untuk menyambungkan kembali hubungan persahabatan yang terputus dulu, tapi jangan pulak ambil kesempatan. Sejarah tak mungkin berulang, apa yang penting hubungan persahabatan ini dapat dikekalkan sampai bila-bila. Insha Allah.


Sumber Ruangan Psikologi Perkahwinan.





Older post Newer post