Cart 0

TEMPAT PELANCONGAN MENARIK DI MELAKA

32. The Pirate Adventure – Melaka Alive

The Pirate Adventure - Melaka Alive
Sumber: Melaka Alive

Teringin untuk mengetahui bagaimana perasaan menjadi seorang lanun? Di Pirate Adventure Melaka Alive anda dapat merasakan sehari dalam hidup seorang lanun.

Tarikan yang baru di buka ini agak canggih dan disini anda dapat melihat simulasi ribut dan ombak menggunakan special effects! Mengembara menaiki kapal lanun mencari harta karun.

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM15

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 7.00pm)

Lokasi: Melaka Alive, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka

31. Freeport A’famosa Outlet Village

Freeport Afamosa Outlet Centre
Sumber: afamosa.wordpress.com

Freeport A’famosa Outlet Village antara tempat membeli belah yang baru sahaja dibuka di Melaka dan ia tidak jauh berbeza daripada Johor premium Outlet. Ramai tidak tahu yang terdapat banyak jenama popular antarabangsa yang membuka tapak di sini seperti NIKE, Under Armor, Puma, Levis dan Sacoor Brothers.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 10.00pm)

Lokasi: Jalan Kemus, Sempang Ampat, Alor Gajah, 78000 Melaka

30. The Shore Sky Tower

The Shore Sky Towerh
Sumber: theshoremelaka.com
Jika anda memburu pemandangan terbaik seluruh Bandar Melaka jangan lupa naik ke tingkat 42 The Shore Sky Tower, bangunan tertinggi di Bandar Melaka. Pastikan anda beranikan diri kerana lantai kaca lutsina membuat anda merasakan seperti berjalan di atas angin.

Di atas nanti anda dapat melihat akuarium penuh dengan ikan koi dan ada satu kawasan khas yang lantainya diperbuat oleh kaca lutsinar yang kuat. Disini anda dapat melihat terus kebawah, mungkin tidak sesuai untuk mereka yang gayat tetapi kalau anda berhati kering cubalah.

Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM18

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.30am – 11.00pm)

Lokasi: The Shore Shopping Gallery, 193, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka

29. Bustel Klebang

Bustel Klebang
Sumber: Bustel Melaka

Tarikan yang boleh dijumpai di dataran Pantai Klebang ini agak unik kerana ia merupakan bus lama yang telah diubahsui menjadi hotel. Di Bustel Klebang terdapat dalam 40 buah bus hotel dan setiap satu mempunyai reka bentuk yang unik. Kalau tanak tido pun takpe anda boleh singgah sebentar untuk menjamu selera di restoran bustel di sana nanti.

Lokasi: Kampung Batang 3 Timur, Tanjong Kling, Melaka

28. The Orang Utan House

The Orang Utan House Melaka
Sumber: The Orang Utan House

The Orang Utan House yang dibuka pada tahun 1992 adalah sebuah studio peribadi pelukis tempatan bernama Charles Cham. Beliau telah berjaya mempamerkan karya lukisanya di pentas antarabangsa di Negara seperti, Portugal, Switzerland, Singapore,Australia dan Hong Kong. Lukisan Orang Utan yang terpapar besar ditepi bangunan ini seolah-olah menjemput anda masuk untuk melihat karya hasil tuannya.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 5.30pm)

Lokasi: 59 Lorong Hang Jebat, Bandar Melaka

27. Dataran 1 Malaysia Klebang

Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang
Sumber: Uchee-hussin

Dulu dataran pantai Klebang merupakan sebuah tempat yang sunyi sepi dan gagal menarik orang ramai. Tetapi setelah initiative kerajaan untuk membaik puluh kawasan tersebut dan rebranding ia dibuka semula dengan nama Dataran 1 Malaysia Klebang berjaya menarik orang ramai kembali untuk meluangkan masa diasana.

Untuk aktiviti pula terdapat banyak aktiviti menarik seperti bermain ATV dan menunggang kereta kuda. Muzium Kapal Selam juga terletak berhampiran dengan kawasan ini.

Sebuah pantai yang direka menyerupai bentuk sebuah lagoon sedang dibina di kawasan ini dengan harapan Dataran 1 Malaysia ini menjadi destinasi pelancongan utama di negeri Melaka.

Lokasi: Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka

26. Rumah Terbalik Melaka

Rumah Terbalik Melaka
Sumber: Zanura Kibon

Ada yang bercuti untuk melihat pemandangan yang cantik ada pula yang suka mengambil gambar yang cantik jika anda jatuh dalam kategori kedua pastikan anda singgah sebentar di Rumah Terbalik Melaka atau lebih dikenali sebagai Upside Down House. Setiap bahagian didalam rumah ini dihias seperti rumah biasa bezanya apa yang dilantai ada di bumbung.

Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00am – 7.00pm) | Jumaat – Ahad (10.00am – 9.00pm)

Lokasi: G12&G14,Jalan PM 7,Plaza Mahkota,Bandar Hilir, 75000 Melaka

25. Masjid Kampung Hulu

Masjid Kampung Hulu
Sumber: Ekstasicinta.blogspot.co.uk

Tahukah anda nama masjid yang tertua di Malaysia? Jawapanya adalah Masjid Kampung Hulu di Jalan Tukan Emas Melaka. Masjid ini siap didirikan pada tahun 1728 dan mempunyai senibina yang mengkagumkan. Anda boleh lihat pengaruh zaman Melaka lampau disetiap pelusuk masjid ini.

Lokasi: Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka

24. Muzium Kapal Selam

Muzium Kapal Selam
Sumber: Perzim

Penuhkan cita-cita anda untuk menjadi anak kapal Submarine di Muzium Kapal Selam Melaka. Kapal selam yang boleh dilihat di muzium ini bergelar FS Quessant Agosta 70 dan merupakan sebuah kapal selam bekas milik tentera Perancis.

Ia diserahkan kepada Kementrian Pertahanan dan kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk dipamerkan ke orang awam. Dengan bayaran yang kecil anda dapat masuk dan melihat dengan mata sendiri bagaimana rupa bahagian dalam kapal selam.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 5.30pm) | Jumaat – Ahad (9.00am-9.00pm)

Lokasi: Dataran 1 Malaysia, Klebang, 75200 Melaka

23. Melaka River Cruise

Melaka River Cruise
Sumber: Melaka River Cruise

Jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada orang ramai anda boleh menaiki Melaka River Cruise.Kelebihan Melaka River Cruise ini adalah kerana anda boleh naik waktu siang atau malam.

Cruise ini bermula dari Jeti Muara, kemudia ia akan berhenti sebentar di Jeti Tanah Rempah dan selepas itu berpatah balik ke Jeti Tanah Rempah dimana ia berakhir.Ini cara yang bagus untuk menikmati pemandangan Bandar Melaka.

Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 11.00pm)

Lokasi: Melaka River Cruise Boarding Port, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka

22. The Stadthuys

The Stadthuys
Sumber: Quekevelyn

The Stadthuys mercu tanda yang sinonimus dengan Melaka ini siap didirikan pada tahun 1660 dan dipercayai bahawa bangunan ini adalah bangunan kerajaan belanda yang tertua di Asia Tenggara. Mengikut sejarah The Stadthuys ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan Belanda di negeri Melaka pada zaman penjajahan Belanda.

Pada tahun 1982 tempat ini diubah suai menjadi Muzium yang mempamerkan sejarah Melaka, dan sejarah penjajahan Portugis dan British. Seberang jalan dari Stadthuys ini adalah Jonker street.

Lokasi: Jalan Gereja, Bandar Hilir, 75000 Melaka

21. Baba Nyonya Heritage Muzium

Baba Nyonya Heritage Muzium
Sumber: asemus.museum

Baba Nyonya Heritage Muzium ini dibuka pada tahun 1985 dan mempamerkan sejarah dan budaya kaum peranakan di Negeri Melaka. Gabungan 3 lot teres ini adalah hak milik keluarga Baba dan Nyanya bernama keluarga Chan yand datang menetak di Melaka dengan tujuan untuk berniaga.

Keturunanya telah berjaya memelihara banyak dari ciri-ciri dan perabot asal rumah ini jesteru menjadikan tempat ini sebuah destinasi ideal untuk sesiapa yang berminat untuk belajar sedikit tentang budaya kaum peranakan ini.

Bayaran Masuk: Dewasa RM16 | Kanak-kanak RM11

Waktu Operasi: Isnin – Ahad | Tour Pagi (10.00am – 1.00pm) | Tour Petang (2.00pm – 5.00pm)

Lokasi:  48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka

20. Masjid Selat

Masjid Selat
Sumber: Davidlohr Bueso

Masjid ini dibina diatas pulau buatan manusia bernama pulau Melaka dan pada waktu air pasang masjid ini umpama terapung di atas air laut selat Melaka. Masjid Selat ini di buka pada tahun 2006 dan ia meminjam konsep dan senibinanya dari masjid terapung Jeddah.  Senibina masjid ini adalah gabungan diantara seini bina timur tengah dan melayu. Ada juga hiasan yang dibuat daripada buluh dan ukiran kayu.

Tiang masjid ini juga mempunyai fungsi yang berlainan iaitu menjadi lampu isyarat buat bot dan kapal laut yang melalui selat Melaka pada malam yang gelap. Pada waktu malam masjid ini memang mengagumkan.

Lokasi: Masjid Selat, Pulau Melaka, 75000 Melaka

19. The Shore Oceanarium

The Shore Oceanarium
Sumber: Zaleha Rahmat

The Shorea Oceanarium ini merupakan tarikan baru di Melaka yang bertema hidupan laut. Di sini bukan anda dapat melihat hidupan laut yang unik anda juga dapat memegang haiwan akuatik seperti Ikan Yu, Kuda Laut, Starfish dan macam-macam lagi. Anak anda boleh berseronol sambil mendapat penghargaan alam semulajadi.

Bayaran Masuk: Dewasa RM35 | Kanak-kanak RM25

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.30am – 9.00pm)

Lokasi: 2F-01, The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka,Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka

18. Muzium Cheng Ho

Muzium Cheng Ho
Sumber: Eliza

Muzium ini di buka khusus untuk mempamerkan sejarah Laksamana Cheng Ho dan menceritakan kisah penjelajahan beliau merentasi laut dalam usaha mencari dunia baru. Di sini anda dapat melihat kebijaksanaan beliau dan bagaimana dia berani mejelajah sampai ke Australia dan New Zealand menaiki kapal.

Selain daripada itu di Muzium Cheng Ho juga terdapat pameran seperti model kapal laut, tulisan kaligrafi,dan peralatan music traditional. Muzium ini terletak berhampiran dengan Jonker Street.

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM10

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)

Lokasi: 51 Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka

17. Menara Taming Sari

Menara Taming Sari
Sumber: Sham Hardy

Menara Taming Sari adalah Gyro tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Dengan ketinggian 110 meter, strurtur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80 oran dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka.

Seperti mana yang anda sudah teka, menara ini di namakan seperti keris Hang Tuah yang masih belum dijumpai lagi hingga ke zaman ini. Kalau di lihat dengan teliti mereka telah cuba membina menara ini menyerupai bentuk keris.

Bayaran Masuk: Dewasa RM17 | Kanak-kanak RM11

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 11.00pm)

Lokasi: Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka

16. Masjid Kampung Kling

Masjid Kampung Kling
Sumber: Amara

Masjid Kampung Kling ini di bina pada tahun 1748 dan boleh dijumpai di Jalan Harmoni. Sekali pandang jelas kelihatan pengaruh senibina jawa dan oriental di setiap penjuru. Kubah masjid selalunya bulat tetapi di masjid ini kubah nya seperti bangunan pagoda.

Hiasan dalam masjid pun boleh dikatakan lain daripada yang selalu kita jumpa di masjid lain di Negara kita. Pada tahun 1999 masjid ini dibaik pulih oleh kerajaan dan diishtiharkan monument sejarah.

Lokasi: Jalan Tukang Emas, 75200 Melaka

15. Taman Rama–Rama Melaka

Taman Rama-Rama Melaka
Sumber: Taman Rama-Rama

Anda dapat menjumpai ledih daripada 20 spesis rama-rama di Taman rama-rama Melaka. Taman ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu, rama-rama, taman reptilian, taman ikan koi dan tempat bergambar.

Bayaran Masuk: Dewasa RM22 | Kanak-kanak RM16

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30am – 5.30pm)

Lokasi: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka, Malaysia

14. Taman Buaya

Taman Buaya Melaka
Sumber: Sham Hardy

Taman Buaya ini sudah lama menjadi sasaran pelancong ke Melaka dan dibuka kepada orang ramai semenjak tahun 1987. Kawasan kurungan buaya ini di reka untuk menyerupai habitat semulajadi haiwan ini.

Antara spesis buaya yang boleh ditemui di sini adalah Buaya America, Buaya Marsh Mugger India, Buaya Cayman dan lain-lain lagi. Anda juga dapat berhibur dengan tarikan bonus di sini seperti rumah mamalia dan rumah reptilia.

Bayaran Masuk: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM17

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Lokasi: Pusat Pelancongan Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka

13. Melaka Wonderland Theme Park

Melaka Wonderland Theme Park
Sumber: Melaka Wonderland

Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah antara taman tema air yang bari dibuka di Negara kita dan boleh ditemui di Ayer Keroh Melaka. Satu fakta menarik tentang tarikan ini, jika dihitung jumlah air didalam semua kolam renang yang terdapat di taman tema air ini ia melebihi 200 juta liter.

Tempat ini memang sesuai untuk seisi keluarga kerana terdapat sebanyak 12 tarikan yang unik dan berbeza seperti Tornado chaser, Kamikaze Race, 1 Big Wave Pool dan Adventure Island.

Bayaran Masuk: Dewasa RM37.90 | Kanak-kanak RM32.00

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Lokasi: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450  Ayer Keroh, Melaka

12. A Famosa Resort

A Famosa Theme Park
Sumber: Afamosa Resort

A’Famosa Resort ini mempunyai 2 taman teman yang agak menarik. Pertama adalah A’famosa Water Park yang bergelar taman tema air terbesar di Malaysia. Disini kanak-kanak anda dapat bermain di Kids Adventure Party Pool dan anda pula boleh mencabar diri di gelongsor air High Speed Slides.

Taman tema kedua pula bertema safari dan diberi nama Safari Wonderland. Di sini anda berpeluang untuk melihat gelagat lucu haiwan liar di kawasan Safari Adventure, Monkey Island dan Farm House.

Bayaran Masuk: Dewasa RM69 | Kanak-kanak RM55

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu – Ahad (9.00am – 7.00pm) | Selasa (Tutup)

Lokasi: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka

11. Bayoo Lagoon Park

Bayoo Lagoon Park
Sumber: bayoulagoon.co.my

Hanya 15 minit sahaja dari Bandar Melaka, Bayou Lagoon Park merupakan sebuah resort yang mempunyai service apartment, taman tema air dan pusat membeli belah semua di dalam tempat yang sama.

Bayaran Masuk: Dewasa RM28 | Kanak-kanak RM20

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Lokasi: Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka

10. Masbro Australia Village Homestay

Masbro Village Melaka
Sumber: Unik of Malaysia

Masbro Village ini mengambil ilham dari rumah berwarna –warni yang popular di tepi pantai Melbourne Australia. Kalau anda mencari tempat untuk bermalam semasa bercuti di Melaka anda boleh menginap di sini kerana ia merupakan homestay yang boleh memuatkan sehingga 6 orang.

Lokasi: Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka

9. Melaka Skytrex

Skytrex Melaka

Memang kerap di lihat gambar kawan-kawan kita bergayut di media sosial sambil bergemira di Skytrex Melaka ini. Selain daripada Ayer Keroh Skytrex ini juga mempunyai cawangan di Langkawi dan Shah Alam.

Skytrex ini ideal untuk mereka yang suka aktiviti lasak dan mencabar. Disini anda dapat melakukan aktiviti seperti flying fox, tree climbing dan cabaran yang pasti mebuat anda berasa gayat. Selain daripada itu, di kawasan ini juga ada camping, kawasan piknik team building dan bermacam-macam lagi.

Bayaran Masuk: Dewasa RM60

Waktu Operasi: Isnin – Ahad | Round 1 (9.00am) | Round 2 (3.00pm)

Lokasi: Taman Botani, Durian Tunggal, 75450 Melaka

8. Taman Burung Melaka

Taman Burung Melaka
Sumber: dzulhelminasir.blogspot.co.uk

Jangan ingat Kuala Lumpur sahaja ada Taman Burung, Melaka pun ada. Taman Burung Melaka boleh dijumpai di Ayer Keroh berhampiran dengan Taman Botani Melaka. Di sini anda dapat melihat burung berterbangan bebas dan jika anda bernasib baik mungking berpeluang untuk bermain denga burung tersebut.

Bayaran Masuk: Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM11.85

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am-6.00pm)

Lokasi: Melaka Bird Park, Taman Botanikal, Lebuh Ayer Keroh 75450, Melaka

7. Maritime Muzium

Muzium Samudera
Sumber: Perzim.gov.my

Muzium Maritime atau Muzium Samudera, berjaya menarik sebanyak 20,000 orang sebulan. Di sini ini anda berpeluang untuk melihat bagai mana kekuatan tentera maritime memainkan peranan penting dalam menuntukan pihak yang berkuasa pada zaman tersebut.

Tarikan utama di sini merupaka replica kapal Flor de la Mar (Flower of the Sea) yang mengikut sejarah telah karam di perairan Sumatra. Agak teruja melihat bahtera dengan ketinggian 34 meter tinggi ini. Agaknya harta karun tu masih ada lagi tak dibawah dilaut sumatera?

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Waktu Operasi: Isnin (9.00am-6.00pm) | Rabu-Ahad (9.00am-6.00pm)

Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

6. Kolam Air Panas Jasin

Kolam Air Panas Jasin
Sumber: IrFamily

Kalau anda mencari tempat untuk bersantai sambil bermain air panas kenapa tak lepak di Kolam air panas Jasin. Anda boleh menjumpai Kolam Air panas Jasin di Kampung Air Panas Bemban. Terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta. Ada yang percaya bahaya air panas dapat membuat kulit anda putih berseri, kalau tak pergi tak tahu.

Bayaran Masuk: Dewasa RM6.50 | Kanak-kanak RM3.50

Waktu Operasi: Isnin (3.00pm-12.00) | Jumaat-Sabtu (9.00am-2.00am) | Selasa/Rabu/Khamis/Ahad (9.00am – 12.00pm)

Lokasi: Kg Air Panas, Bemban, Melaka

5. Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Sumber: Perzim.gov.my

Datang dan lihat sendiri kehidupan harian penduduk istana di Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Di sini anda dapat melihat apa yang terkandung dibelakang dinding istana dan mempelajari tentang adat istiadat Kesultanan Melayu. Istana ini dibina dengan cara tradisional bagi mengekalkan ciri-ciri unik sejarahnya.

Bayaran Masuk: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)

Lokasi: Jalan Kota, 75000 Melaka, Malaysia

4. Zoo Melaka

Zoo Melaka
Sumber: Lathaa Rajoo

Kalau anda merancang aktiviti untuk seisi keluarga anda dapat meluangkan masa bersama keluarga di Zoo Melaka. Zoo Melaka merupakan Zoo kedua terbesar di Malaysia dan menjadi rumah kepada 215 spesis haiwan yang berbeza.

Antara haiwan yang boleh ditemui di Zoo Melaka ini adalah Badak Sumatera yang hamper pupus dan Gajah Kecil Asia yang kewujudanya di muka bumi ini juga terancam.

Bayaran Masuk: Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM7.10

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am-6.00pm)

Lokasi: Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka

3. Pantai Klebang

Pantai Klebang
Sumber: ch4nw3e

Bagi meraka yang kerap datang ke Melaka pasti telah melihat keunikan Pantai Klebang. Ia menjadi sasaran popular pelancong yang melawat Bandar Melaka kerana kedudukan strategiknya yang berdekatan dengan Bandar.

Apabila anda berada di pantai ini bagaikan anda berada di padang pasir dengan bukit-bukit pasir kecil yang menambah kepada keunikan pantai ini.

 

Lokasi: Pantai Klebang, 75200 Melaka

2. Jonker Walk

Jonker Walk
Sumber: Vanjielicious

Jonker Walk ini destinasi wajib dilawati semasa melancong ke Melaka nanti. Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka.

Jika anda malas hendak bejalan anda boleh menaiki beca yang dihias penuh dengan lampu. Jika anda mencari kedai yang menjual cenderamata anda pasti menjumpainya di sini.

Lokasi: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

1. Kota A Famosa

Kota A Famosa
Sumber: Hishan Gani

Kota A Famosa dipilah sebagai tarikan penutup tirau entri ini kerana ia sudah lama dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.

Pada tahun 1807 banyak kebanyakkan dari pada  bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal. Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka nanti kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.

Lokasi: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka

Berakhir sudah senarai tempat menarik di Melaka dan saya harap ia dapat membantu anda semasa berada disana nanti.



CREDIT/SUMBER: http://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-melaka/



Older post Newer post