Cart 0

TIDAK KISAH BILA ANDA BERMULA

Hari ini awal sampai KL. Jarang sampai KL seawal pagi. Disebabkan hari ini ada shooting dengan TV3, gagahkan diri keluar sebelum subuh. Saya hadir sebagai wakil kepada Khairaw Wholesale.
 .
Lepas itu saya singgah ke Subway untuk sarapan. Order breakfast set dengan secangkir kopi pekat tanpa gula.
 .
Korang yang biasa makan subway ini, pernah ambil tahu pasal perniagaan Subway ini?
 .
SUBWAY ini bukan anak-anak ayam. Tapi dia bermula sangat humble. Owner Subway mulakan perniagaan ini pada usia 17 TAHUN.
 .
YA 17 TAHUN.  Kalau kita baru lepas SPM, conteng baju dan terjun dalam kolah kononnya tradisi lepas hbs SPM.
 .
Tapi berbeza dengan Fred Deluca. Budak berusia 17 tahun dari Brooklyn ini memulakan perniagaan sandwich ini dengan meminjam modal USD1000 dari orang lain,  iaitu Peter Buck(yang menjadi co-founder kpd brand ini)
 . 

Hanya ambik masa 8 tahun, Fred sudah ada 16 cawangan subway (sebelum ini namanya Pete’s Super Submarines’ sempena nama Peter Buck yang telah memberi modal dan seterusnya menjadi ‘Pete’s Subway, dan pada 1968 baru tukar kepada Subway saja).
 .
 Pada tahun 1978, Subway telah membuka outlet yang ke 100. Ia mencecah ke 1,000 pada 1987 dan pada tahun 1993 terus berkembang menjadi 1,100 ‘outlet’.
 .

Pada bulan Jun 2013, jumlah Subway terus berkembang menjadi 39,500 francais di seluruh dunia serta menghasilkan jualan berjumlah USD9.05 billion setiap tahun.
 .
Pada tahun 2007, Forbes menamakan DeLuca sebagai individu yang ke 242 terkaya dalam kalangan 400 individu terkaya di Amerika dengan nilai kekayaan USD1.5 billion.

.
Kenapa saya cerita semua ini? Saya kongsi cerita ini utk beritahu, kita boleh mula bila-bila masa,. Tak kira masa muda atau tua.
 .
Jika Fred mengambil masa 42 tahun untuk menjadi Billionaire, kenapa tidak kita?

Jika dia boleh jadi usahawan ketika usia 17 tahun, kenapa kita sudah berusia 30 tahun tak boleh?

Jika kita ada anak-anak, selalulah bercerita tentang orang-orang hebat ini. InsyaAllah anak-anak kita boleh jadi lebih hebt dari Fred.
 .

Korang suka dengan cerita ini? SHARE dekat kawan-kawan korang yang lain. Semoga ramai menjadi usahawan Billionaire.


#khairawholesale

#pemborongtudungmurah

#khairaempire

www.khairawholesale.com



Older post Newer post