Cart 0

TIPS KAHWIN FREE DALAM MASA 12 BULAN, DAN BELI RUMAH TERES LEPAS KAHWIN

[TIPS KAHWIN FREE DALAM MASA 12 BULAN, DAN BELI RUMAH TERES LEPAS KAHWIN]

"Lagi 1 tahun nak kahwin ini bang. Ada apa-apa tips tak nak kumpul duit?"
.
"berapa hantaran?"

"tak banyak bang, RM15 ribu saja."

Gulppp tertelan kejap air liur, 15 ribu jerrr....
.
Haha.. Abam bukan marah, tak marah pun. Sebab abam pun pernah kumpul duit hampir RM35ribu untuk majlis perkahwinan dua-dual belah.
.
Ya 35 ribu dik. Bukan RM3500. 
.
Okay kat bawah ini abam terangkan satu persatu cara nak kumpul duit kahwin:
.
1- KERJASAMA
First sebelum korang fikir nak cari duit untuk kahwin ini. Korang kena bincang dengan pasangan. mencari duit hantaran ini bukan kerja kau seorang-seorang. 
.
Nak kahwin pun bukan seorang-seorang kan? jadinya. perlu ada kesepakatan dalam proses mencari duit hantaran / majlis.
.
Pengalaman abam kumpul duit sebanyak itu, memang perlu kerjasama. (tak mahu cerita soal hukum hakam. kalau ikutkan takde pun hantaran besar-besar macam ini.)
.
Pastikan tiada perkara berbangkit bila dah kahwin. Jangan lepaskahwin ada salah menyalahkan antara satu sama lain.Ya lah, bab duit ini memamg sensetif. Adikberadik pun bermasam muka, ini kan pula suami isteri.
.

2- BAHAGIKAN DUIT GAJI
.
Bila dah agree masing-masing. Peruntukkan 30% dari gaji masing-masing untuk simpan dalam 1 akaun bersama. Ya akaun bersama. Korang boleh buka current akaun untuk simpanan bersama.
.
Contoh kalau gaji RM1500 x 0.3 = RM450
.
Abam guna RM15000 sebagai gaji average untuk anak muda. Jadinya, seorang kena simpan Rm450. Total berdua RM900.
.
Dari RM900 itu korang tolak RM150 siap-siap.

"Nak buat apa RM150 itu bang."
.
Kejap. abam explain jap lagi.
.
Simpanan RM900 selama 10 bulan RM9000. RM750 x 2 bulan RM1500. Total simpanan RM10500

.
So balance RM4500 untuk cukupkan Rm15000. Okay tanak. Kita kumpul RM20,000 atau lebih. Amacam?
.
Erkk...boleh ke? 
.
Bole punya.
.
.
3- LABURKAN DUIT 
.
Tadi abam ada suruh tolak RM150 sebulan kan? .

Gunakan Rm150 itu untuk berniaga sambilan. Abam ambil contoh berniaga tudung. Kau kumpulkan dalam masa 2 bulan. Jadi total modal dah ada RM300. 
.
Ada dua taktik untuk berniaga tudung. Pertama: Korang bayar duit yuran Dropship, dalam RM10 macam itu. Then korang entittle untuk dapat harga lebih murah dari harga jualan. 
.
Contohnya boleh join dropship di sini --->>> http://www.khairawholesale.com/pages/register-dropship
..

Beli stok contoh tudung bawal Saudya RM190 untuk 20 helai. Kos korang RM9.50 sehelai. Jual balik dalam RM25 sehelai. Untung kasar RM15.50 sehelai. Sehari dapat jual 10 helai. Untung kasar Rm155.
.
Tolak kos marketing RM10 sehari (buat fb ads atau insta ads). Untung bersih dalam RM145.
.
Dapat balik modal, beli stok lagi, kemudian pusing stok. Sehari untung bersih +- Rm140. Cincai korang ada jualan 15 hari, jadi RM140 x 15 hari = untung bersih RM2100. 
.
Ini adalah untung kalau jual sendiri.
.
Tak masuk lagi korang punya komisyen jadi dropship. Zero kos. contoh sehari dalam jual 10 kodi tudung, 1 kodi komisyen Rm10. Sehari dapat Rm100 bersih.
.
Contohlah dapat jual dalam 10 hari, komisyen dropship RM1000. 
.
Tambah dengan untung jual sendiri RM2100 + RM1000 = RM3100 untuk sebulan .
.
Konsisten buat, dalam masa 6 bulan, korang dah dapat kumpul RM18600. 
.
Ish bang..macm hype je. 
.
Eh budak ini. Ini ada kes study dropship abam. Ada yang berjaya dapat income sebulan Rm4000. Suri rumah, jaga anak dekat rumah.
.
Aii..malulah kalau kau berdua tak boleh buat...
.
.
4- BELI BARANG HANTARAN MASA SALE
.
Barang-barang hantaran beli barang- barang keperluan korang. Barang-barang yang korang sendiri akan pakai lepas kahwin nanti. 
.
Tak perlu bermewah-mewah. SOGO selalu buat sales. JPO dekat Johor, MPO ada dekat melaka. Barang-barang semua murah.
.
Limitkan harga untuk setiap barang hantaran yang korang nak beli. Misalnya letak RM2000 saja total harga untuk barang-barang yang nak diletakkan di dulang.
.
Tak perlu malu. Bukan orang ramai yang tanggung kau lepas kahwin nanti. Kehidupan dan kewangan selepas kahwin itu lebih penting berbanding masa kahwin.
.
.
5- IKAT NAFSU
.
Jangan hirau dengan trend budak-budak muda baya korang. Jangan terpana dengan Iphone baru atau sport rim motor baru.
.
Semua itu boleh dapat next time. Dan itu semua tak berikan kau kesenanagan, malah membuatkan korang tersepit.
.
Percaya cakap abam. Kawan-kawan korang yang ikut trend sangat itu, duit dalam bank pun takde. Setiap bulan habis bayar hutang. 
.
Kau pula, setiap bulan simpan duit dan buat duit. Hati tenang, tiada hutang.
.
6- TAHNIAH KAHWIN FREE
.
Perasan atau tak. kalau korang follow abam punya tip ini, Korang akan kahwin free. Bukan kena tangkap basah. Tapi korag kahwin tanpa keluarkan duit simpanan korang pun :).
.
Duit bisnes RM3100 x 11 bulan = Rm34100. (sebulan itu kau rilek lah takyah buat bisnes contoh )
.
Duit simpanan RM10,500 (12 bulan)
.
Duit belanja kahwin RM15,000.
.
Baki duit selama 12 bulan RM29600
.
.
Senyum lebar bang... :)
.
Dengan adanya Rm29600 baki itu, Korang suami isteri baru dah boleh hidup dengan senang dan tenang.

Dengan baki itu juga, korang dah boleh bayar duit sewa rumah, dan deposit rumah teres yang korang akan beli nanti :)
.
Rumah teres bernilai RM150,000 adalah hadiah paling istimewa untuk perkahwinan korang. Pengorbanan selama 12 bulan sangat berbaloi. :)
.
.
P/S : Nanti abam cerita macam mana nak beli rumah teres itu eh :).
.

SHARE laju-laju. Supaya anak muda yang nak kahwin awal dah boleh prepare apa yang sepatutnya. :) Jom kahwin muda, buat duit masa muda :)

#khairawholesale

#khairapemborongtudung

#yussamir



Older post Newer post