Cart 0

TIPS MEMBELI LAPTOP

1. Kad Grafik/Graphic Card

  • Yang ini memang satu keutamaan dan kewajiban. Bagi saya kad grafik merupakan satu perkara yang paling penting sekali bagi sesebuah laptop lagi-lagi otai gamers. Kepada kasual-kasual gamers, intel kini sudah mengeluarkan grafik kad yang membolehkan anda bermain game dengan detail yang tinggi. Saya sarankan anda beli grafik kad jenama nvdia atau amd.
  • AMD Radeon atau nvdia Geforce. Mana pilihan anda. Berdasarkan research saya di internet, nvdia Geforce menjadi pilihan orang ramai dan saya juga bersetuju dengan pendapat itu. 
  • Jangan beli laptop yang ada dua grafik kad. Sebab apa, sebab ada masalah "micro stuttering". AMD = Crossfire/Dual graphic card dan nvdia = SLI. Sebenarnya dua kad grafik ini bertujuan untuk boost gaming. Kalau anda main game DirectX 11, ada peningkatan dari segi prestasi. Cuma sampai sekarang tidak ada penyelesaian terhadap masalah mico stuttering.
  • Senarai-senarai/ranking grafik kad mengikut benchmark. Untuk laptop sahaja. Mobile Graphics Cards. Klik pada mana-mana model untuk maklumat lebih lanjut tentang spesifikasi.


2. Processor/CPU 

  • Perkara kedua terpenting selepas kad grafik, mungkin juga yang pertama. Kalau kad grafik tinggi tapi processor lemah, memang tidak sesuai untuk bermain game. 
  • Intel atau AMD. Saya syorkan intel. Sebab apa, sebab yang paling ringkas ialah intel lagi "experienced" dalam bidang processor berbanding AMD. Sebab lain cari dekat Encik Google. 
  • Saya syorkan anda cari processor 2Ghz ke atas dan dual core atau pun intel i5 ke atas. i5 ini banyak jenis. Ada i5 yang 1.5Ghz, ada yang 2.4 GHz dan ada yang boleh boost atau overclock. Begitu juga dengan processor-processor yang lain. Untuk amd, saya syorkan model amd apu A6(A8, atau A10)  dan ke atas. Tetapi intel tetap pilihan saya yang utama.
  • Kalau ikut benchmark, banyak processor intel menduduki carta paling atas. Untuk laptop sahaja. Mobile Processor. Klik pada mana-mana model untuk maklumat lebih lanjut tentang spesifikasi.


3. Memory RAM

  • Kalau memory RAM tinggi, banyak aplikasi boleh digunakan dalam satu masa. Standard untuk otai-otai gamers mungkin dalam 6gb ke 8gb ram. Tapi yang paling penting sekali jenis memory RAM. DDR2<DDR3<DDR5. Tolak ketepi DDR2. Cari memory RAM DDR3 atau DDR5. Laju bila transfer file. Main game pun lancar. Semestinya DDR5 lagi bagus dan prestasi tinggi.


4. Jenama/Brands

  • Setakat ini dah pernah cuba pakai beberapa laptop. Berdasarkan pengalaman saya, Accer>Dell>HP>ASUS. LOL, jangan marah saya. Ini cuma pendapat saya. Semua brands ada kelebihan masing-masing. Jadi terpulang pada anda untuk menentukannya.


5. Design Laptop

  • Design juga memainkan peranan yang penting bagi sesebuah laptop. Contohnya seperti pengaliran udara yang baik. Jadi laptop anda tidak akan cepat panas dan sentiasa berasa sejuk. Lagi perkara yang perlu diambil ialah seperti keselesaan keyboard, jenis dan saiz skrin, berat laptop dan macam-macam lagi. 


6. Jaminan/Warranty

  • Pastikan laptop dibeli oleh anda mempunyai warranty. Saya tidak beberapa pakar dalam hal warranty ini tetapi ianya bergantung pada jenama juga. Setahu saya, sekiranya laptop kita mengalami kerosakan secara tiba-tiba, kita boleh terus menukarnya dengan yang baru. Tetapi sekiranya laptop kita mengalami kerosakan disebabkan diri sendiri seperti overclock, membuat modifikasi pada laptop dan lain-lain lagi, anda mungkin perlu membayar sedikit harga bersama warranty untuk membaiki laptop anda.


7. Harga

  • Jangan lupa untuk membuat perbandingan. Jangan main terus beli sahaja. Kalau banyak duit tidak apa. Buat perbandingan di setiap kedai dan internet. Biasanya penjual akan beri diskaun kepada anda ketika membeli laptop padahal itu memang harga sebenar atau sedikit tinggi. Kalau anda bernasib baik atau mempunyai rakan-rakan di sana, mungkin anda boleh mendapat harga yang lebih murah.


7.Lain-lain Perkara Yang Perlu Diambil Kira 

  • Port USB, HDMI, dvd driver, kapasiti hdd/strorage dan  lain-lain lagi.




Older post Newer post